Saturday, November 17, 2012

Review Sf Beauty

Post kedua tuk hari ni. (menggunakan masa IMZ tidur dgn menulis blog).

Ada sesiapa pernah dengar nama produk ni? Kalau dekat klinik tempat kt kerja mmg sgt popular sbb majoriti menggunakan produk yg sama. Produk ni berasal dari kelantan. Stok sume pun dari sana. 1st tym kt gunakan produk mcm ni.sebelum ni kt cume akan beli produk yg dijual dekat shopping complex je.

Dalam satu set ada 3 benda, pencuci muka + krim siang + krim malam. harga tuk satu set besar x mahal, cuma rm90 je. Boleh pakai dalam 2 bulan. berbaloi r kan. Mula2 kt cuma pakai trial set je. Lepas yakin baru kt beli set besar.

Kesan produk ni die mencerahkan kulit, hilangkan jeragat n lembapkan kulit. Senang kate lepas pakai kulit akan jd flawless gitu. Hihi....

Mule2 guna mmg akan ada kesan pengelupasan sikit. Tp sgt minor. X nampak pun. Kalau guna kanta baru nampak. Kulit pun agak berminyak. Tp lepas 3 minggu kulit akan jd ok balik. En hb pun cakap dah putih. Kembang setaman i u. ;)...

Pendek kate produk ni mmg best. Diluluskan oleh KKM gak. Tp pastikan  korang beli produk yg betul dr company yg betul sbb ada bnyk company yg cube tiru produk ni. Know Ur produk! Dh mcm know Ur medicine lak. :).

Akhir sekali kt tempek dua gambar. Satu sebelum, satu selepas. Korang sendiri pun boleh judge yg mana sebelum n yg mana selepas. Daaa....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...