Saturday, August 4, 2012

I Am A Sad Pharmacist

Assalammualaikum....

Sgt lama menghilang, last post pun maybe dh sebulan berlalu. Hidup dihimpit dgn pelbagai benda yg menuntut untuk disetelkan dgn cepat. Sehingga setiap ruang yg ada kt akan gunakan untuk menghela nafas dn meluruskan pinggang. Being a working mother not as simple as 1 2 3..... Ia perlukan banyak pengorbanan. 

Lately profession as a pharmacist digemparkan dgn artikel yg ditulis oleh seorg pharmacist sendiri dgn tajuk yg penuh kontroversi 'who destroy pharmacist profession'. Setelah membaca artikel tersebut kepala tidak dpt menolak untuk mengangguk mengiyakan semua yg ditulis. Kalau boleh kt nk jerit yes!!!! semua tu betul!. 

Baru menginjak 2 thn dan 11 bulan menjadi pharmacist kt sudah mula boring, mual, n loya. Xtahu kenapa, i dont enjoy it anymore. Maybe being a pharmacist at klinik kesihatan membuatkan kt menjadi cepat boring sbb setiap hari buat benda yg same berulang kali. Setiap hari adalah dejavu kepada hari sebelumnya. Setiap hari mengeluh.....xde sekelumit senyuman tanda kepuasan yg terukir dibibir. X tahu sampai bila mampu bertahan. 

Dalam setiap pekerjaan kt perlu mengikut undang2 yg telah ditetapkan. Kerja kt pula adalah untuk memastikan kesihatan pesakit bertambah baik hari demi hari. Tetapi dek kerana undang2 dan keprihatinan ktorg membuatkan ramai pesakit yg tidak berpuas hati sehingga kata2 kesat dan hinaan dari pesakit adalah hidangan tetap telinga setiap hari. I feel sad, down, n useless every time menjadi tempat pesakit melepaskan kemarahan. 

Pesakit mungkin x salah sebab mereka tidak faham kenapa dan mengapa kt bersikap sedemikian, tanpa diberi ruang untuk menerangkan mengapa dan kenapa muka kt terhidang dgn luasnye untuk dimarahi ;( . Sampai bila mereka akan faham???

Sesuatu yg perlu mereka tahu........

Ubat hanya boleh diberikan dgn adanya prescription
  • hampir setiap hari pesakit akan datang mintak ubat dengan hanya membawa buku rekod perubatan atau menghulurkan kad pengenalan. Mereka harus tahu prescription adalah seperti cek, untuk mengeluarkan duit mereka perlu membawa bersama cek tersebut. Ini bg memastikan ubat yg diberikan adalah betul kerana di dalam prescription terdapat pelbagai maklumat selain sesetengah ubat hanya boleh dikeluarkan jika ditandatangi oleh doktor sahaja. Semua yg diperlukan ini terdapat di dalam prescription. 

Untuk ubat kronik, bekalan adalah diberi secara berkala
  • part ni mmg sgt ramai yg tidak puas hati. Sampai ada pesakit yg memarahi ktorg dgn sgt keras. Masih igt lg dialog pesakit tersebut 'doctor wrote 6 months supply, who are you to decide n give me only 2 months supply n ask me to come back for take the balance'. Bila ditanya who are u, kt patut jawab i am pharmacist who really concern about ur health n i need to see u frequently so that i can follow u closely n keep reminding u about ur medicine. Kami xde space untuk simpan stok yg banyak, kalau kami kena bekalkan semua pesakit dgn bekalan penuh, kami perlukan stor yg sgt besar. Stor kami hanyalah sebesar bilik tidur rumah teres yg kecik. Dan pesakit kami setiap hari adalah seramai 350-450 org. Adakah anda tahu kami ketiadaan ruang sehingga setiap ruang yg ada kami susunkan ubat anda? Adakah anda tahu kami berhempas pulas membuat packing bagi memastikan anda dapat ubat dgn cepat. 

Kami tidak dapat membekalkan ubat jika anda datang lebih awal (>2mggu) 
  • kami bukan kejam sehingga sanggup untuk membiarkan korg balik dgn tangan kosong setiap kali anda dtg sgt awl. Adakah anda tahu reason kami bertindak sekejam itu adalah untuk memastikan anda tidak tersalah makan ubat. Jenama ubat di klinik bertukar hampir setiap bulan, dan kami tidak dapat untuk igt kembali jenama apakah yg anda semua guna sebelum ini. Jika kami membekalkan stok baru dikala anda masih ada banyak lg stok dirumah, probability untuk anda memakan ubat yg sama due kali ganda dos asal adalah sgt tinggi. Jika anda tidak dapat untuk hadir ke farmasi pada waktu yg ditetapkan, khidmat pos laju kan ada. Tp again anda akan berkira ttg caj RM5 yg dikenakan. Hurm.....

Anda membawa prescription yg sudah expired untuk mengambil ubat
  • again kami mmg xkan bg, n again kami akan dilabel sebagai manusia kejam. Rata2 akan marah n cakap saya baru ambik bekalan 2 bulan n doktor bekalkan saya ubat selama 4 bulan. Maka saya layak untuk mendapatkan ubat lg dua bulan tersebut kerana ubat itu hak saya. Again kt akan bagi contoh cek untuk menjawab soalan korang, boleh ke korang cashkan cek yg dah expired? X boleh kan? So as simple as that.

Masnita keep complaining about her work every day, i need to change my working environment i think? Or i need to change my job? Is there any job which can promise me same or better income? Is there any job which i can enjoy it? 

'can i say my patients destroy my motivation n make me feel i am useless person ever?' ;(.... Saya pernah merasa gembira dan puas menjadi pharmacist, saya pernah rase saya telah banyak menyelamatkan nyawa pesakit, saya pernah berbangga menjadi pharmacist.....can u all give me back those feelings?? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...