Sunday, December 1, 2013

Im a mama of two now....

Salam,

Sangat lama xupdate blog. Mood menulis sentiasa ke laut. Sangat malas nk menulis walaupun banyak cerita yg nk dikongsi. Serba sedikit cerita menarik yg berlaku semasa mengandung kali ke 2 ni. Bermula dgn bleeding yg kerap berlaku semasa awal kehamilan, sehingga memaksa kt menghentikan penyusuan Ziqri pada usia die setahun lapan bulan. Kemudian diikuti dgn tangan patah, membawa simen tangan yg sgt x selesa tu selama 6 minggu. Mmg rase give up tym tu sbb nk bawak perut then tgn lak disable sebelah.

Masuk mggu ke 33, hati dh berbunga girang sbb dh lepas mggu 32 di mana Ziqri dilahirkan. Igt baby akan lahir matang kali ni, x sangka cervix open pada 33weeks + 1 day. Admitted to Hosp putrajaya dgn cervix yg dh terbukak 4cm. Contraction dpt dihentikan, inj dexa untuk mematangkan paru2 baby pun kt dh dpt complete. Gosh!  inj ni sgt sakit smpi mengalir air mata ;(. For u baby.

Start 18/11 berkampung lah kt kat hosp ni sampai bersalin yg doctor plan another 2-7 weeks. Igt kt kuat, tp bile teringat ziqri airmata mengalir. Mana xnya, ziqri x dibenarkan melawat n kt pulak kena bedrest. Mak mana boleh tahan x jumpe ank dlm masa yg lama. Hb sentiasa setia menemani kt setiap kali waktu melawat. Menjadikan kt kuat sedikit. Aktiviti setiap hari tidur, baring, kena cek Bp, kena buat ctg...hurm.

21/11/13, contraction dtg balik walaupun kt keep on mkn ubat tuk stopkan contraction. Lepas sejam rase sakit, kt pggl nurse. Contraction adalah mild, tp kt rase something want to come out from vagina. Then doctor dtg buat ve, from relax situation it turn to very emergency when doc shout n said 9cm, labour room now! Ok Mula rase eh nk bersalin dh ke. Dalam kalut2 tu doc cakap kaki baby yg nk keluar. Means baby songsang!

Sampai kat labour room branula sume dipasang, then doc mintak sign tuk operate. X sempat nk pk takut ke ape, terus sign. Dgn tergesa gesa kena tolak masuk ot pulak. Kat dlm tu mmg kelam kabut terjerit2 suruh prepare ventilator, panggil doc peads.... Kt lak dh nk terteran baby. Can u imagine at 9cm n u need to hold the baby. Fuh2 seksa....

After doc bius smpi terus je  die explained risiko dpt bius without puasa. Blah2....kt mcm dgr x dgr je. Zaaas....terus inj morphine tru epidural. Ok agak sakit tp jauh lebih sakit inj dexa. After 5 min terus rase kebas. Tangan gigil2 sbb bilik tu sejuk. xlama lepas tu sume selesai. Baby keluar bile kt x perasan. Baby terus dibawak lari ke nicu. X berpeluang tgk die pun.

Kol 130am masuk ward balik. X boleh tidur, effect morphine muke gatal n panas. Luka belum rase pape lagi. Sikit2 sakit muka rase. Omg! Ceaser adalah sgt sakit. X mampu nk bergerak sume. Ketawa, bersin, batuk pun x boleh. Smpi tahap bile mkn n minum perut akn sakit. Jauh nya rase sakit berbanding normal di mana luka jahitan adalah sebesar satu inci tu.

22/11/13 first tym tgk bb. Perasaan hepy tp sedih x dpt breastfeed n bawak bb tido sama. Baby dilahirkan x cukup bulan dgn berat 1.8kg.

1/12/13 harini bb dh berumur 10 hari. Masih lg di nicu, masih lg menyusu menggunakan tube dan masih lg di dalam incubator.

Me as a mother need to be strong, always positive. Alhamdulillah till now i able to control my emotion. Walaupun ada ketika rase sedih bile teringat baby. Im now fully expresing milk mother ;). Xsabar nk upgrade ke fully breasfeeding mother. Musyrif Zaeem, cepat2 besar syg, mama xsabar nk bawak Zaeem balik rumah n jumpe abg Ziqri.

Wednesday, September 4, 2013

A day before u turn 2

Musyrif Ziqri B Mohd Zaidi,

Ziqri, Sayang mama,bucuk mama, manja mama……
Whatever I call u, I want u to know that I love u so much. No words can describe it. Harini 4/9/13 hari terakhir Ziqri berusia setahun sebelum bertukar ke title budak kecik berumur 2 tahun. Sebelum mama g kerja harini, mama kiss Ziqri yg tengah lena like usual, but suddenly mama rasa sedih sgt. I think im not ready to let u be a big boy. ;(

From a prematured baby now u become such an active baby, I will always wif u. I miz to look u merangkak, bertatih, trying so hard to pronounce a word…… That memory such a wonderful ;)

Being a working mother, I miz a lot of ur development tym. But all I do is for u.
Ziqri, jadi seorg anak yg soleh dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Mama xmintak banyak, juz mama nk Ziqri jd seorg Muslim yg sebenar sbb itulah reason kenapa Allah hadiahkan Ziqri kepada mama and ayah. Melahirkan, menjaga dan membesarkan seorg khalifah untuk menjadi Muslim sebenar. Amin…..

Mama,

4/9/13


Monday, June 17, 2013

A story behind my 2nd pregnancy part 1

Assalamualaikum.....

This weekend kandungan kedua kt dh pun mula menjengah ke 2nd trimester. Sekejap je kan....

pregnant kali ni kt jd sgt letih like zero energy. Setiap hari rasa loya, pening n perut berangin. Owh x ketinggalan juga rasa pedih ulu hati ;(. Bila lapar akan Loya, bila makan jd Loya n pedih ulu hati lak.

Makan lak setakat boleh mkn due tiga jenis makanan macam tauhu goreng, tempe goreng, megi kari..... Ayam, ikan, daging adalah pantang ok. Masuk je terus rasa loya. So no variety at all buat kt xde selera nk mkn dh.

Selalu loya akan mule bila matahari dh mule naik mcm kol 1030pg. Lepas tu berlarutan samp ke mlm. Mmg xsesuai tuk terus bekerja pada waktu mcm ni. Kadang2 rasa mcm nk nangis. It is totally diff dr pregnant yg 1st dulu.

So sepanjang awal pregnant ni, hb lah org yg plg bnyk bg support n pertolongan. Carikan mcm2 makanan yg kt boleh makan like beli epal, coklat bnyk2. Klu kt ckp nk mkn pape sure die akan carikan . Bab ziqri pun die bnyk tolong tym kt xlarat nk handle.

This weekend genap 3 bulan kt prgnant, kt sgt berharap Morning sickness ni akan berakhir so that kt boleh mkn nutritious food tuk baby n tuk diri sendiri. N sgt berharap ia akan berakhir sebelum ramadhan.. Harap kt cukup kuat tuk menghadapi bulan puasa nanti. Amin.....

Sunday, June 2, 2013

Product review- Clinique 3 step

Assalammualikum....

Dah lama rasanya xbuat produk review. Kali ni kt nk buat review pasal clinique 3 step. Kt dah gune product ni lebih dari 2 bulan. Product ni consist of cleaner, toner n moisturiser. Actually dia ada a few type dlm product range ni mengikut jenis kulit. Kt beli oily-to dry combination. 

Macam yang semua org tau Clinique ni fragrance free product. So tuk org yg xsuke bau chemical mmg xsesuai lah nk pakai product ni. Actually kt pun bukan jenis yg suke bau chemical, masa mula2 gune especially die punya toner rase mcm sapu alcohol je kat muke. ;(..... But lama2 dh boleh tolerate. Lagipun fragrance free product mmg sesuai tuk kulit yg sensetif. 





Cleaner die mmg best,  lepas sapu mmg rase kulit bersih yet x mengeringkan. Tuk toner die pulak, die ada effect menanggalkan kulit mati plus kekotoran. So every time lepas sapu korang akan nmpk kekotoran melekat kat facial tissue. Cume yg xbest nye botol die jenis terbukak, so silap2 boleh terover tuang n akan berlaku pembaziran kat situ. Pernah sekali terlupa bawak facial tissue so kenalah letak dekat tangan, tertuang banyak n membazir ;(. Kalau botol die ada penutup with small hole adalah lebih better. Moisturiser die lak mmg xberminyak. Rase mcm sapu air je kat muke. After apply die akan cepat absorb n meninggalkan kesan soft. Mengikut aturan kt kena guna dua kali sehari, tp part malam kt mmg xberdisiplin, cume cuci muka je 2 kali sehari. Kalau pakai 2 kali sehari should be better. Erm....product ni juz basic product xde r special treatment like anti acne or brightening effect. Kalau nk extra kena lah beli special treatment nye product. 


Selain dari 3 step ni kt guna Clinique BB Cream n finished with compact powder also from Clinique. Compact powder die kt mmg dh lama gune, since dari 2011. Tu pun terjebak sbb Husband bagi hadiah sempena hari ibu tuk tahun tu. So dari situ rase product Clinique ni mcm best so x rase ragu2 nk try product die yg lain. BB Cream die sama mcm BB cream yg lain which is ada effect sun block, moisturizing, n make u skin color look more flawless. Erk tp kt yg ada big pores ni xberjaya lah nk nmpk flawless sgt. Huhu....

So secara total kt gune 5 step sume dr Clinique. Skrg ni tgh usha2 Clinique Turnaround Concentrate Radiance Revewer Serum sbb after bercuti ke Langkawi, Sabah n Cherating kulit jd kusam effect dr overheated. So i need something to make my skin look fairer, radiant, fresh n glowing. Hasil dr baca review nampaknya product ni mcm best. Husband pun dh izinkan tuk beli since die agak mahal which is 30ml/RM200 or 50ml/RM280. Keizininan husband adalah sgt penting bile nk beli benda mahal2. Insyaallah
 kt akan review lak product ni bila dah guna nanti. Hope die bg postitive effect.

Next target!

 K bye everyone. Heppy weekend!

Monday, May 27, 2013

Loya, mual, monster

Assalamualaikum....

Short post tuk hari ni. Juz nk update ape yg jd hari ni. Hello....believe or not, tuk pregnant kali ni kt rasa loya. Loya yg ntah mcm ape. Berlarutan Dr pg sampai lah ke malam. Nasib baik setakat Loya je, xde r sampai nk muntah. Adei.... Dlm dilema kot sbb ada 3 hari lg puasa belum ganti. How? How? How?

Selain tu simptom normal kt ialah perangai jd mcm monster. Mengamuk x hengat punya. Kena sabar jelah org2 sekeliling terutamanya hb n ziqri. Cube bayangkan printer buat hal dikala kt nk print jadual yg nk guna esok. Hb yg dok handle benda tu dekat sejam pun relax lg, kt yg baru tgk terus marah2 n ketuk2 printer tu. Ikut hati nk angkat tinggi2 then hempas. Haih nasib baik tym tu x solat lg, so terus je bgn amik wuduk n solat. Reda sikit marah n terselamat r printer tu Dr kena hempas.

erm....baru je berazam tuk pregnant kali ni x mo marah2, nk ckp lembut2 so that bb dlm perut akan baik mcm kt ;). Tp azam je kot, dh hormon mcm ape je, marah n mood swing mmg ssh nk control. Sian betul kat hb. Sabar je die tgk kt mrh2. Love u lah syg!

K bye! 


Wednesday, May 15, 2013

My 2nd pregnancy and my breastfeeding journey.....

Assalammualaikum....

Untuk pengetahuan umum, kt telah pun mengesahkan diri sendiri sebagai pregnant dan dikuatkan lg oleh Doctor yg telah membuat scan ke atas perut kt ni.....

Actually dapat tau kt pregnant after rasaa few symptoms yg sama tym pregnantkan Ziqri dulu. So nk sahkan kt buatlah pregnancy test. Alhamdulillah after 2 kali test menunjukkan result yg sama kt pun rasa confident yg kt dh pregnant. Agak terperanjat gak sebenarnya. Tp ktorg terima dgn redha. Setiap anak tu kan rezeki. Ziqri pun dah 1 thn 8 bulan. InsyaAllah by the tym adik die lahir die pun dah 2 thn lebih. Sekarang pun Ziqri dh faham ape yg kt cakap n dh boleh cakap certain words. Nk mandikan pun dah boleh handle sorg2, nk tidur pun senang, nk mintak tolong pape pun die rajin je tolong. Cume part lasak n susah nk bg makan je.....Walaubagaimanapun, Alhamdulillah Ziqri membesar dgn baik. 

Plan asal nk check up n bersalin kat Hospital Bersalin Razif gak. So memandangkan kt baru je pregnant 6 weeks, kt xde r nk g check up awal sgt. Plan nye nk buat 1st check up dlm bulan Jun nanti. Tup2 semalam bleeding lak, so tuk memuaskan hati n memastikan nothing happen kt terus je buat appt tuk jumpe Doctor hari ni. So set appt kol 930am. As usual, tuk kes bermasalah for sure kena jumpe dgn Dato' Dr Razif sendiri memandangkan die Pakar Gynae kat situ. After story serba sedikit, doc pun buat scan untuk tgk keadaan baby.Alhamdulillah baby ok. Memandangkan janin terlalu kecik lagi, maka yg nampak cume baby sac je. Then kena lah cucuk sekali. Doctor inject progesterone tuk makesure uterine lining kt strong enuf to hold the baby.  1st time kot kena cucuk kat punggung. Sakit!..... Selain tu Doctor bg sekali Duphaston 1 tab twice daily for 10 days. Also to strengthen uterine lining. Baby condition will be review after two weeks.  Hope everything will be ok. 

After that buat lah discussion mengenai breastfeeding Ziqri. Doctor ni pun 'nakal', 

Doctor: Gov mmg bg patients Noriday sampai setahun lebih ke?
Kt :       Erm sebenarnya tuk patients juz bg sampai 6 bulan je then switch ke combine OCP. Kt yg 
             nk amik Noriday sampai setahun lebih sebab xnak ganggu milk production.
Doctor: Kenapa dari segi medical disarankan hanya tuk breastfeeding sampai 6 bulan sahaja?
Kt:        Erm tuk elak kerosakan tulang ibu. Osteoporosis.
Doctor: Kenapa dlm Islam Nabi menyarankan tuk breastfeed sampai 2 tahun?
Kt:        'Xde jawapan, sbb dah lupe'. Hoho....
Doctor: Dalam Islam menyarankan tuk breastfeed sampai 2 tahun tuk menjarakkan kehamilan
          memandangkan dahulu tiada cara atau ubat tuk family planning. Awak pun dah pregnant 
          skrg, so awak dah FAILED. No point nk meneruskan breastfeeding dr segi medical and
          also dari segi   Islam. 

Hahahaha......terkena sebijik. U FAILED ok! Baiklah doctor, selepas mendapat consultation dari dua Doctor, dan kedua-dua Doctor menyarankan kt tuk stop breastfeeding Ziqri, kt akur. Bila difikir balik apa yg Doctor cakap tu mmg betul. Kalau kt dah kena osteoporosis, sapa lak nak jaga anak2 kt. Kt mesti jd seorg Mama yg kuat tuk mereka semua. I will try to stop slowly. Xnak lah nanti Ziqri terasa sgt. No matter what i am doing, I love u so much Ziqri. My decision is not only for me or for baby, but also for u. I want to be ur Iron Woman forever, I dont want to terbongkok-bongkok sebelum masanya, and menyusahkan u. i love u so much! Till next post~

Friday, May 10, 2013

My breastfeeding journey towards the end.......

Assalammualaikum.....

Still remember yg kt fully breastfeeding mother? Erm dh sgt lama x membebel pasal breastfeeding. Alhamdulillah rezeki Ziqri masih ada dan Allah masih mengurniakan kekuatan kepada kt untuk meneruskan usaha ini. 

It is hard, but not impossible

Phrase yg kt boleh kaitkan dengan fully breastfeeding. Yes it is hard but it is not impossible. InsyaAllah with doa n support from ur family it is possible. Ziqri dah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Tinggal lg 4 bulan untuk kt mencapai target which is nk menyusukan Ziqri SEKURANG KURANGNYA sehingga 2 tahun. 

Selama tempoh ni terlalu banyak cabaran di mana susu up n down. Ziqri sometimes over menyusu. Sampai stok dlm fridge cukup-cukup makan je ;(..... It is not easy bile u balik rumah n then Mak or Along akan tanye susu dah xde ke??? kenapa makin sikit??? Ziqri x puas menyusu..... Mmg emotionally disturb everytime org tanye soklan mcm tu. Terpaksa jugak mengaku yg yes susu dah makin sikit. I dont know why. Maybe i need to increase pumping session (which is diff when u are working) or do i need to do power pumping again. What i can say is 'i will try my best. InsyaAllah'.  

Towards the end, my susu decrease so much. For example i will pump at 6am, 10am, 130pm n 630pm. Previously kt boleh dapat 4oz, 5oz, 3.5oz and 4oz. But now i only can get 3.5oz, 3.5oz, 2oz and 3.5oz. Hurm dari segi kuantiti terang2 mmg susu xcukup tuk cover Ziqri punya keperluan dari kol 7am-6pm. So kt akan pump sekali lagi sebelum tidur which is around 1030pm tuk top up mana yg x cukup. Kalau dulu kt bg Ziqri around 3.5-4oz tuk sekali menyusu, sekarang cume mampu 3-3.5oz saja. Nasib baik skrg Ziqri dh boleh makan sume benda so InsyaAllah cukup. Mcm yg sume org tau, after 1 year susu ibu juz tuk top up nutrient saja, majority nutrient dapat dr makanan die. 

My opinion, kt berjaya menyusukan Ziqri smpi skrg walaupun susah sbb kt ada seorg suami yg sgt2 membantu. Menjadi org yg beri kt semangat waktu susu down. Selalu lepas pump die akan setelkan everything like isi susu2 dlm botol, tulis label, basuh pupm aksesori n simpan dlm fridge. Kerja kt juz pump susu je. Alhamdulillah i have such a good husband. Without him i dont think i can be strong untill now. 

Before i end my post, kt harap korang sume doakan kt tuk terus berusaha. Another 4 months. I will try.....

kekuatan

semakin sikit

1 tahun 8 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...