Monday, December 31, 2012

Bukit Tinggi, Pahang wit love

Assalamualaikum....

Tuk tahun 2012 ni kt tutup dgn jalan2 ke Bukit Tinggi Pahang. Mcm yg semua org tau tempat ni paling popular dgn seni binaan die yg ala2 France gitu. Disamping reka bentuk hotel The Chatue (xtau mcm mana nk eja), yg mcm istana dlm cerita Barbie ;).

Kt mmg suka pergi sini, sampai outdoor photoshoot tym wedding dulu pun buat kat sini. Yelah rasa macam princess sekejap.

Selepas berape kali pergi, kt dh tau cara tuk jimat kalau g sini. Sebab nya benda kat sini mahal giler. Maybe extra charge sebab nk bawak stok ke tanah tinggi kena extra minyak. Makanan mmg sgt mahal ok. Nasi ayam rm33, spageti carbonara rm29, air coke 1 tin rm6. Makanya sebelum naik ke sini kt singgah dulu Mcd kat rnr genting sempah. Beli makanan cukup2. Tym tu kt g 7 org. Total beli makanan baru rm75. Kalau makan nasi ayam kat atas dh kena rm231 x termasuk air. Giler banyak beza.

Lepas dh beli makanan sume baru r gerak g naik atas. Dari jenjarom ke bukit tinggi ambil masa dalam 2 jam je. So sampai dlm kol 11. Nk masuk dlm Colmar Tropicale ni kena bayar rm12 tok dewasa n Rm8 tuk kanak2. Sampai je sini kt x g jalan2 area Colmar, sebaliknya terus g tempat trem tok bergerak ke Japanese Tea House dulu. tuk pengetahuan sekarang trem ni x hantar korang sampai atas. Die juz hantar sampai tempat parking kete. Cisss, baik kt naik kete je. Buat penat je rebut trem. Makanye kena r ktorg mendaki tangga n bukit yg tinggi tu. Penat ok.....


Sampai je kat japanese house xde benda pun yg ktorg buat. Juz ambil gambar n duduk luruskan kaki. Dh hilang penat terus gerak balik ke colmar.

Dekat colmar, ziqri r org paling seronok. Ada mcm2 mainan tuk die. Selain tu ada gak try main game tuk dapatkan bear, tp satu pun x kena. Duit je yg habis. Kat sini ada badut, magician n penyanyi berjalan jalan buat persembahan. Ziqri dpt belon bentuk senapang dari badut tp dh hilang ditiup angin.

Dh puas kat sini ktorg pun decide nk keluar. sebelum balik singgah dulu rabbit farm. kat sini pun kena bayar gak. Sorg rm3. Rabbit kat sini dh x banyak mcm dulu. X sampai 20 ekor kot. Ziqri mmg suke main dengan benda2 comel. X takut pun. Die siap tarik telinga n bulu arnab. 


Lebih kurang kol 3 lebih ktorg gerak balik. x besar sgt pun tempat ni. Kejap je dh boleh habis pusing.

Sebelum terlupa tarikh ktorg g sini 29 dec adalah tarik genap usia perkahwinan ktorg yg ke 700hari / 100minggu / 23 bulan. Alhamdulillah.


Friday, December 14, 2012

Papadeh birthday celebration....


Hai...

Dah lama rasanya x jenguk blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni dengan wedding abang.


Tuk post kali ni meh kt cite sikit pasal bzday En husband tercinta. Niat menulis bukan lah untuk riak tp sekadar coretan yg kt boleh baca selalu agar semua memori x kan hilang. Mana r tahu dh tua nanti ada penyakit lupa, Atleast blog ni boleh membantu kt ingat balik sume cite menarik yg berlaku dalam hidup kt sekeluarga.

3/12/12 genaplah umur En husband 27 tahun. Alhamdulillah ktorg masih lg diberi ruang tuk sambut sama2. Tuk tahun ni kt calebrate bzday die lain sikit. Selalunya hanya ada kek, hadiah n dinner. Tp tok tahun ni, memandangkan ada rezeki lebih maka tahun ni kt bawak En husband n ziqri holiday. Bukan lah jauh sgt, sekadar dekat melaka je. Masa terlalu singkat tuk bawak dieorg g jauh. Sebabnya 2/12/12 adakah majlis bersanding Abg kt side wife die. So agak rushing hari tu. Lepas habis majlis baru gerak g melaka.

Kol 4 baru sampai hotel. Ktorg menginap dekat Bayou Lagoon Park Resort. Menarik konsep hotel ni. Bilik die adalah style studio n appartment. Ktorg ambil bilik studio memandangkan ktorg Cume bertiga je. Tu pun dh cukup besar. Nk lg best hotel ni siap ada mini water park. Org yg paling seronok sekali mestilah ziqri. Main air sampai x mo naik dh. hihi...



Malamnya ktorg keluar g area bandar melaka. Niat nk bawak r En husband g diner tempat best2, tp pusing2 x jumpe pun tempat makan yg special. Akhirnya ktorg makan kat kenny rogers je. Sory ek...

So malam tu berakhir dengan sume org penat n tertidur awal. Nasib baik a few minit sebelum kol 12 kt terjaga. So sempatlah nk prepare simple celebration. Cume ada secawan kopi n sepotong kek... Hope u will like it.


Esok nya lepas mandi manda, ktorg terus check out n jalan2 keliling bandar melaka. ni jelah cite percutian singkat ktorg. Sgt singkat sampai banyak tempat x dapat pergi. Daaa...


Sunday, November 18, 2012

Cara diet paling berkesan dan selamat bahagian 4

Hye..

Rasanya ni entri terakhir pasal kalori. Sbb kt rasa korang sume dh expert kan?

Selepas korang dh ada target berapa kalori korang nk makan dalam sehari korang kena pandai manage pulak. X boleh r nk makan ikut sesuka hati.

Paling baik korang distribute kalori tu kepada beberapa meal. semakin banyak bilangan meal semakin baik tok metabolism badan. Sbb korang x bg ruang kat badan korang tuk rasa lapar, di mana rasa lapar akan menurunkan metabolism korang.

Sebagai contoh kt amik 3 hidangan besar dan 2 snack. Hidangan besar kt amik lebih kurang 400kcal tok setiap sajian, manakala tok snack kt ambil lebih kurang dalam 100kcal.

Tips terbaik ialah cek kalori dulu sebelum korang makan. So that korang boleh tentukan size hidangan yg korang boleh makan. I eat everything, but i control the quantity. Benda ni penting sbb kalau korang elak tok makan sesuatu yg korang suke, at one tym korang akan fall into crush diet. Sila jangan menyeksa diri sendiri ye.

Tok yg ada smart phone kt recommend korang download app myfitnesspal. App ne mmg jd bestfriend kt. Setiap yg kt makan kt akan record dlm benda ni. Nk cari nilai kalori makanan pun banyak dalam ni. Tok yg xde korang perlukan satu small note book yg korang boleh bawak ke mana2.

Selain dari myfitnesspal korang boleh gak gunakan Website cekodok.com tok cari nilai kalori makanan. Yg penting kena rajin n sentiasa ada motivasi tok menjadi lebih kurus k.

Ilmu dah ada, skrg apa yg perlu ada ialah motivasi dan kekuatan diri. Bila semua tu dah ada insyaallah korang boleh buat. Semoga berjaya k.

Kt harap kt dapat dengar cerita kejayaan korang. Bye....

Cara diet paling berkesan dan Selamat bahagian 3

Hye...

Lepas korang dh faham n tau jumlah kalori yg korang perlukan meh kt move to how to reduce Ur weight.

Tok pengetahuan korang 1kg =7700 kalori. banyak nilai tu. Sure korang dh mula congak berape lama masa yg korang perlukan tok membuang 1kg dari badan korang.

Meh kt bg contoh diri kt sendiri. Dalam sehari kt perlukan lebih kurang dalam 1550kcal. Setiap hari kt akan cuba tok makan 1350kcal sahaja. Maknanya dalam seminggu kt dapat kurangkan 1400kcal sahaja. Dalam sebulan 5600kcal.
                 
                     5600/7700 = 0.7 kg sebulan.

Bagi kt 0.7 kg tu dh cukup bakul dari langsung x turunkan? So korang kena set mind, nk kurus x boleh terburu2. Kena buat slowly. Yg penting ada hasil yg positif.

kalau korang nk lg cepat apakata korang buat senaman. Burn lagi 200 kalori. So dalam sebulan dh boleh turun 1.5kg.

Dalam mengurangkan kalori ni korang kena tahu berape perkara.

1. Jgn turunkan kalori lebih dari 50% keperluan kalori harian.

2. Jangan makan kurang dari 1200kcal dalam   sehari

kalau korang buat due benda kat atas tu korang mmg akan kurus dalam masa yg cepat. Tp sebenarnya berat yg korang buang tu bukan hasil dari pembakaran lemak. Sebaliknya dari penyusutan jisim otot.

bila korang makan kurang dari 1200kcal badan korang secara automatik akan switch to starvation mode di mana metabolism badan akan menjadi lebih perlahan. Penurunan berat badan akan menjadi lebih perlahan.

Situasi macam ni selalu terjadi tym bulan puasa. Masa puasa metabolism badan akan turun, berat badan pun akan turun. Tp bila raya korang makan lebih banyak dari bulan puasa n masa tu metabolism badan perlahan. Hasilnya berat korang akan balik mendadak.

Haha....sama dgn apa yg jd kat kt, tym puasa turun dalam 1.5 kg je. Baru seminggu raya dh balik 2 kg. Adei....

So ingat jangan makan terlalu sikit kalori. X sihat untuk badan. Nutrisi yg korang ambil mesti seimbang. Ok nanti kt sambung balik k. Daaa...

Cara diet paling berkesan dan selamat bahagian 2

Assalamualaikum....

Bersambung dari entri sebelum ini. Key point yg kt cakap is kena rajin mengira. Jadi apa sebenarnya yg korang nk kena kira? Jawapan die KALORI.

As a human, kt semua mampu hidup sbb kt menggunakan kalori. So kalori ialah sesuatu yg kt gunakan untuk melakukan semua aktiviti termasuklah bernafas dan tidur. Kt semua dapatkan kalori dari makanan. Simple konsep....

                     Kalori = tenaga
                 > kalori = berat naik
                < kalori = berat turun

Setiap org memerlukan jumlah kalori yg berbeza. Ia bergantung kepada berat, jantina dan aktiviti seharian. Kalau nk senang korang google je calorie counter. Die akan tolong kirakan tuk korang. Atau pun boleh guna simple formula which is
                
                    berat(kg) x 30

Tuk maintain korang kenalah makan makanan yg nilai kalori die sama dgn yg korang kira. Tok kurangkan berat korang kurangkan sikit nilai kalori yg korang makan tu.

Rasenya tok bahagian kedua ni je yg kt nk kongsikan. Sbb bila entri yg banyak guna pemikiran x elok panjang2. Nanti otak jadi tepu lak. Selepas ni kt ajar berape kalori korang kena kurangkan tuk kurangkan berat. Daaa....

Till next post....

Saturday, November 17, 2012

Cara diet paling berkesan dan selamat


Bismillah....

Semoga post kali ni memberi manfaat kepada mereka2 masih hilang arah tuk mencari solution menurunkan berat badan. Ok die bukan semata mata tok mereka yg nk kurus tp tok Mereka yg ingin menjadi lebih sihat gak.


Dulu masa kt tgh mencari2 arah tok menjadi lebih sihat n kurus, cik Google menjadi teman setia. tanpa berfikir secara waras banyak kali gak kt terpedaya dgn ayat2 manis penjual produk. Dulu kt ada try produk yg kononnya boleh menurunkan berat badan dgn cara menghalang penyerapan lemak dari makan. Tiga botol kt telan tp hasil nya duit je yg hilang. Buduh.... Sungguh diri ini.

Kemudian try plak korset dr jenama popular. Girdle je pun dh dekat seribu. Kalau full set 2 ribu lebih. Seksa nya pakai x boleh nk explain. Berbirat badan kt ni. Nk g toilet lg r susah. Dh macam menari gelek je nk bukak benda tu. Tp x gak kurus.

Akhirnya kt jumpe dua website yg berjaya membuka mata kt. Kevin zahri dan susu sejat . Terima kasih banyak r kat due Website ni. Sgt membantu.

Due Website ni ajar cara diet paling selamat dan sihat. key point die ialah rajinkan diri untuk mengira. Percaya tak dengan hanya mengira korang boleh kurus. X payah berlapar, x payah pakai korset, x payah beli produk mahal2.

Paling best korang boleh makan 5 kali sehari n x payah bersenam. Haha kt malas bersenam. Dulu berat kt pernah mencapai berat 70kg sebelum bersalin dan berat terkini 49kg. Sila kira sendiri total weight lose kt. Dari badan sebesar mak hipo sampai lah sebesar skrg. Opps...tp kt masih belum kurus macam model ye. Masih lg dalam proses.

To be cont....


Review Sf Beauty

Post kedua tuk hari ni. (menggunakan masa IMZ tidur dgn menulis blog).

Ada sesiapa pernah dengar nama produk ni? Kalau dekat klinik tempat kt kerja mmg sgt popular sbb majoriti menggunakan produk yg sama. Produk ni berasal dari kelantan. Stok sume pun dari sana. 1st tym kt gunakan produk mcm ni.sebelum ni kt cume akan beli produk yg dijual dekat shopping complex je.

Dalam satu set ada 3 benda, pencuci muka + krim siang + krim malam. harga tuk satu set besar x mahal, cuma rm90 je. Boleh pakai dalam 2 bulan. berbaloi r kan. Mula2 kt cuma pakai trial set je. Lepas yakin baru kt beli set besar.

Kesan produk ni die mencerahkan kulit, hilangkan jeragat n lembapkan kulit. Senang kate lepas pakai kulit akan jd flawless gitu. Hihi....

Mule2 guna mmg akan ada kesan pengelupasan sikit. Tp sgt minor. X nampak pun. Kalau guna kanta baru nampak. Kulit pun agak berminyak. Tp lepas 3 minggu kulit akan jd ok balik. En hb pun cakap dah putih. Kembang setaman i u. ;)...

Pendek kate produk ni mmg best. Diluluskan oleh KKM gak. Tp pastikan  korang beli produk yg betul dr company yg betul sbb ada bnyk company yg cube tiru produk ni. Know Ur produk! Dh mcm know Ur medicine lak. :).

Akhir sekali kt tempek dua gambar. Satu sebelum, satu selepas. Korang sendiri pun boleh judge yg mana sebelum n yg mana selepas. Daaa....



My Incik Musyrif Ziqri

Assalamualaikum.....

Sgt lama rasa nye x membebel perihal si bujang Hensem IMZ. Skrg umur die dh masuk setahun 2 bulan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk membesarkan die.

Keadaan dia seperti kanak2 lain, di mana bila bukak mata bergerak non stop. Seolah olah masa hanya tinggal sesaat sahaja lg untuk dia bermain. Maka tak hairanlah kalau kt berjaya turunkan berat badan. Huhu....

Dari segi perkembangan, die masih belum boleh berjalan dgn gaya macho lg. Kalau setakat dua tiga langkah then jatuh tu boleh r. Penakut sungguh! aktiviti kegemaran die memanjat sana sini atau pun main kereta dgn gaya pemandu profesional. Bab percakapan die cuma suka cakap ta ta  ta ta.....kadang2 macam tgh panggil kt Eta lak. Bab menyanyi n menari mmg expert. Lg2 kalau lagu boboboi atau pun sudah cukup sudah (pengaruh join wan tgk cite Julia). Tp menyanyi setakat keluar bunyi ikut irama.


Bab makan lak, die masih lg menyusu susu ibu. Mama die masih mampu tuk mengeluarkan susu walaupun stok cukup2 je. Die makan ikut mood. Kadang2 tu sgt berselera kadang2 susah nk bg. Lately ni die sgt suka nk suap sendiri. Makanya kuantiti di lantai adalah lebih banyak berbanding kuantiti yg masuk ke dalam mulut. Hurm...bila nk tembam kalau macam ni.

Dari segi kesihatan, die masih lg ada eczema. Gatal menyerang die x tentu masa. Kesian tgk die garu sampai kadang2 calar n berdarah. Tidur pun die x lena. Sume benda yg die makan kt tgk sbb takut die alergi. Sampai skrg kt masih belum dapat tentukan die alergi dekat apa....my bad. Kalau kena batuk atau selsema keadaan die lebih kritikal dari org lain sbb kalau batuk selsema kahak die akan sgt banyak. Ni akan buat die x selesa n mengganggu pernafasan die. ;(. Semoga die akan menjadi baby yg lebih sihat. erm rasenye tu je update IMZ yg kt nk cite. Mama syg ziqri ketat ketat. Muah!!!



Till next post! 

Thursday, November 15, 2012

How to control ur calorie while eating out

Salam maal hijrah everyone....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi yg indah ini. Selama menjalani program diet ni, cabaran yg paling susah sekali bila keluar. Sbb dekat luar tu terlalu banyak makanan yg sedap. Ditambah dgn kt yg mmg hantu makanan fast food. Sebut je piza ke, kfc ke, Mcd ke, sume tu mmg menjadi habuan perut kt every week.

Selepas mula mengambil berat tentang kandungan kalori setiap makanan baru kt sedar sume makanan tu sgt tggi kalori. Tp nk mengubah habit yg kt dh amalkan untuk sekian lama bukan mudah. Kt masih lg makan sume benda tu. Tp i try my best tok ambil dalam kuantiti yg lebih kecik.

Jom tgk apa yg kt makan bile keluar dating dgn encik husband.

Secret resepi
1/2 pinggan sphagetti meat ball + 1/2 gelas ice blended + 1/2 cheese cake

Mcd
Cheese burger + 1/2 gelas coke light + 1/2 medium fries

Kfc
1 toasted twister + 1/2 gelas revive + 1 small whipped potato + 3 ketul nugget

Kenny rogers
1 pinggan tangy chicken + 1/2 tin coke light

Menu kat atas mmg adalah jauh lebih baik dari menu sebelum ni. Kalau dulu kt boleh telan seketul ayam kfc, seketul zinger burger, cheezy wedges, coke tuk sekali makan di mana total kalori mungkin mencecah 1000kcal atau lebih, Skrg kt akan ambil x lebih 500kcal tok sekali makan. Kalau dh terlebih pun tuk meal yg seterusnya kt akan makan menu yg low calorie.

Tips paling baik tuk org yg nak kurus tp dalam masa yg sama addicted fast food ialah share ur meal. So that calorie pun akan jd half. nk tukar sesuatu habit mmg amik masa. Do it slowly. Dont too rush babe.... If not u will Feel demotivated n stay with ur bad habit.

Kt sedar fast food tinggi lemak n sgt bahaya tuk kesihatan, insyaallah kt akan terus tuk kurangkan pengambilan fast food.

Diet not only change ur figure but also improve Ur health....  

Total weight lose since 9/10/12 = 4kg.
Bmi reduction =  1.7
Current body weight = 49kg


Tuesday, November 13, 2012

My diet progression...


Hello.....

Hepy deepavali everyone.... Kepada yg x sambut tu selamat bercuti.

Alhamdulillah setelah lebih 2 tahun kt x dapat tgk angka 4 dekat penimbang, akhirnya pada tarikh keramat 11.11.12 kt dapat gak tgk angka tu. Walaupun hanya dekat border line.

My current body weight is 49.5kg. It is not easy man. Tp dgn usaha semuanya boleh.

Penurunan berat kt start to slow down. Dari sekilo seminggu ke 500gram seminggu. Tp ok r kan dr naik. Maybe kt kena turunkan target kcal/day. Tp target sekarang pun jarang2 dapat capai. ;).

Target tuk turun ke 48kg on my brother wedding reception 9/12/12.... Amin. <br />
<br /></div>


Friday, November 2, 2012

I am still on diet. Hoyeah!

Hello! Kali ni berkumandang melalui ipad. So bile gune ipad x boleh nk bebel panjang2 sbb blogging thru ipad adalah sgt messy, xde space langsung! So kt update ckit2 je k. Lepas 3 mggu diet, almost everyday calori intake kt over target. Hahaha....xde disiplin. Lg2 tym raya. Dekat 2000kcal kt bedal. Hari lain tergelincir ckit2 je. I will try not exceeded normal kcal kt which is around 1550kcal. So mcm biase nmpk je penimbang sure kaki ni gatal je nk naik. N u know what after 3 weeks current body weight kt 51kg!!! Phewittttt....hohoho xsabar nk tgk nombor 4 menjelma. Rasenye dh dekat 2 tahun x nmpk no 4 tu. Memandangkan hari ni kt ambik pm off n Ziqri pun dh lena dgn mimpi2 indah, kt pun g r selongkar almari cari baju yg kt nk sgt pakai balik which is baju hantaran kt. Lepas kawin kt dpt pakai sekali je, then terus gemuk. Macam x percaya kt dh muat balik. Jom lompat bintang smbl jerit kegembiraan. Tp nk relax dulu, kt plan nk pki bju tu bila nombor depan dh tukar jd 4. 51kg...........6kg to go.

Friday, October 19, 2012

Family Planning for breastfeeding mother

Hye...

Post kedua tuk hari ni, hihi sebabnye kt guna pc kat tmpt kerja ni tym waktu rehat. Mcm yg kt bgtau xboleh nk update kat rumah since laptop rosak.

Lepas sebulan bersalin, kt ada appt dgn doctor Razif dekat tmpt bersalin kt (Hosp Bersalin Razif). As usual after bersalin doctor mmg akan buat Pap smear n discuss pasal family planning. As u all know kt memilih tok fully breastfeed Ziqri, so Dr suggest tok ambik Noriday since tu je pill yg available tok breasfeeding mother. Yg lain sume akan effect kat susu.

Mule2 kt relax je dulu, kt x tergopoh-gopoh to start  ambik pil perancang sbb exclusive breastfeeding tu pun salah satu natural family planning. Tp tok 6 bulan je, lepas tu dh x berkesan sgt since baby dh mule makan solid. Dalam x gopoh tu pun, kt mule awal gak sbb takut ter accident. Kalau boleh nk rehat dulu n bg Ziqri pandai berdikari sebelum plan tok second baby. Makanye kt mule makan Noriday masa Ziqri 4 bulan.

Dari Ziqri lahir smpilah umur die 11bulan kt mmg x period pun. Dengar gak org cakap makan Noriday ni period jd x teratur sbb die ada 1 hormon je. So x mampu nk meniru natural cycle. Bersyukur sgt pada awl pengambilan kt xde apa2 kesan. Gemuk pun x. Kalau gemuk skrg ni pun mmg dh dari azali. Hahaha....

Tp selepas Ziqri 11 bulan kt dh mule period. Malangnye kt akan period selang seminggu. Adei....kalau selang seminggu tu ok lg. Tp lately prolong period lak. Smpi hari ke 12 x stop lg. Isk isk isk ;(. So dlm stress asyik period je kt pun rase mcm nk tukar ubat lain. Tak fikir panjang tym tu, kt terus rembat Regulon. Yelah ubat dekat depan mata tym tu so pilih je mana suke. Balik2 terus telan sebijik, n stop on the spot noriday. Teruk betul pharmacist ni kan. Die sendiri pun main bedal je makan ubat. Esok nye lepas stress dh reda, kt godek2 google cari pengalaman mommies2 yg lain tym ambik regulon. Sedihnye rata2 cakap susu mula2 jd sikit then terus berhenti. Ngaaaa...... kira2 umur Ziqri baru nk masuk 1 thn 2 bulan. Ade lg 10 bulan journey kt tok susukan Ziqri. Boleh meroyan kt kalau susu kering. Susu jd sikit pun dh cukup meroyan dah.

N then discuss dgn en husband, antara period lame n x regular n Ziqri, mana lg penting?
Jawapan mmg dh straight to the point, mestilah Ziqri kan. So kuatkan hati n terus bersabar. Malam tu kt terus switch balik ke Noriday. Haha....bengong kan kt. Suke buat something x pk panjang dulu.

So far period masih belum berhenti. Nanti bile ada mase nk jumpe Dr kt tempat kerja kt tok discuss pasal other alternative. Sebabnye Dr Razif cakap selalunye Noriday berkesan tok 1-1 1/2 tahun je. Later kena tukar gak.

Ok tu je bebelan kt tok hari ni. Till we meet again. Daaaaa.....

My body weight progression

Hello, salam Jumaat.

Seperti yg semua org tahu kt skrg dlm program tuk membuang segala lemak yg telah sekian lama terlekat dekat badan kt.

Act kt mule control calorie hari selasa minggu lepas. Calorie goal kt setiap hari ialah 1350kcal/day. Agak gedik sebenarnye kt nk update post ni sbb mcm terlalu awal. Tp hari ni free n ada mood nk menulis, makanye baik kt update je kan walaupun hasilnya baru seciput.

Jom tgk calorie intake kt minggu lepas

Selasa   (9/10/12)
= 1232kcal

Rabu  (10/10/12)
=1139kcal

Khamis (11/10/12)
=1351kcal

Jumaat (12/10/12)
=1140kcal

Sabtu (13/10/12)
=1782kcal

Ahad (14/10/12)
=1323kcal


Hari sabtu tu actually cheat day kt makanye kt pulun McD hari tu. Hohoho...tp still control sbb instead of kt makan Spicy Chicken Mcdeluxe (630kcal), kt makan half Spicy Chicken Mcdeluxe (315kcal) n half Double Cheese burger (218kcal). So total jd 533kcal. Jimat 97kcal kat situ. See walaupun in diet kt still masih boleh makan makanan kegemaran kt tp small quantity r.

Alhamdulillah walaupun terbabas beberapa kali last week, isnin pg tu kt timbang dh reduce 0.5kg. Mmg xbanyak tp lama2 akan jd bnyk jugakan. Lgpun kt mmg xboleh tok reduce weight secara drastik tok maintainkan kuantiti susu.



PENCAPAIAN MINGGU NI
52.5KG





Friday, October 12, 2012

Breastfeeding mother to lose weight

Hello readers!!!!
Topik yg lngsg x berasa bangga tuk dikongsikan, but some tips maybe useful to other mother. Erm kenapa x bangga?

Sebabnye berat kt masih belum back to pre pregnancy weight. To be honest my body weight now is 53kg, toooo far from pre pregnancy weight. I need to throw away another 5 kilos!! 7 kilos loose is a bonus. (i wish i can loose another 7kg, but if only 5kg i still hepy)

Kalau korang kira BMI kt berada borderline tuk jadi overweight. Oh tidak sama sekali!. BMI terkini 22.94. Untuk pengetahuan 24 dh masuk dlm kategori overweight. Overweight mmg nitemare tok seorg perempuan. 

Berat badan kt menurun dgn sgt slow. After bersalin berat 57kg, n selepas 13 bulan berlalu berat cuma turun ke angka 53kg sahaja. Tiap2 mggu timbang pun mcm tu jugak. But alhamdulillah x menaik. Mmg sebelum ni x terpk nk diet tp bila pk2 balik dgn ketinggian yg rendang ni badan berisi adalah sgt hodoh sekali. Dah mcm  baby hypo je kt rase. Lg2 kat part perut yg sgt bnyk flabby fat tu. Lgpun bila dh gemuk nanti susah nk turun balik, so sebelum masuk kategori overweight baiklah kt buat sesuatu.

Alhamdulillah en suami bg full support. Mula2 sekali bile kt nk mula diet kt kena r kira calorie. Kt gune calorie counter yg ada kat web myfitnesspal. Lepas kira tuk maintain berat skrg kt kena ambik 1400kcal. If nk turun 0.5kg dlm seminggu kena makan 1200kcal/day. Sgt ssh nk maintain dlm kuantiti ni. Akibatnye terbabas gak beberapa kcal/day. Aktiviti kt skrg mmg dok belek app myfitnesspal je kat hp. Sume benda masuk dlm perut kt record. Masuk hari kt 3 kena hypo attack yg teruk gile. Shaking, berpeluh n paling teruk blur visson. Tym tu lak nk drive balik. Haru tym tu, takut2 pengsan tym drive, dh lah jauh Sg Besi nk balik ke Jenjarom. Nasib baik ada gula2 dlm kete. Alhamdulillah selamat smpi rumah. 

So malam td kt pun dok belek2 en google tok cari maklumat tambahan for breastfeeding mother to loose weight. Lepas puas belek, kt dpt concludekan:

  1. Kena makan atleast 1500-1800kcal/day. (kt dok makan 1200kcal//day. Mmg r akan hypo)
  2. Breastfeeding mother burn extra 200-500kcal/day (so mmg naturally akan reduce weight if mkn balanca diet, xyah nk strict sgt pun)
  3. Bahaya if reduce weight 1-1.5pound per week. Lebih kurang dalam 0.5-0.75kg/week. So kena slow2. If x nanti akan memudaratkan kesihatan ibu tu sendiri. Mcm osteoporosis. 
  4. If makan terlalu sikit kalori akan menyebabkan susu jd sikit. (erm cita2 nk susukan Ziqri smpi die 2 thn, so kena hati2 dlm penurunan berat badan)
  5. It is safe tok reduce 100kcal/day if breasfeeding mother tu nk reduce weight.
  6. Nk kira calorie needed kena guna special calorie counter tok breasfeeding mother.
Hasil dr research kt semalam, kt dpt tahu yg jumlah calorie yg badan kt perlukan sehari ialah 1516kcal instead of 1400kcal. Tok turunkan berat secara perlahan-lahan dan selamat kt perlu makan 1416kcal/day. Tp perempuan tetap perempuan, kt dok gedik setkan 1350kcal/day as kt nye target. Haha...nk gak turun cepat. Tp kalau susu makin berkurang kt kena r naikkan balik target tu. As for today after 4 hari kt try control calorie intake, supply kt nmpk mcm berkurang sikit. Kt tgk dulu lg seminggu, if x ok kt naikkan target balik. 

Selain dr control calorie kt wat gak senaman ringan mcm sit up n lompat bintang.Kt jdkan website kevin (pakar diet) sebagai rujukan. Nk kurus xboleh terlalu strict sgt n control sume benda. Sometimes u kena rewards urself. Cheatday tu perlu ada seminggu sekali, tp still kena control lah. Xde r tym cheatday tu korang makan smpi 3000kcal. Walaupun tgh berdiet kt still makan sume benda yg kt suke tp dalam kuantiti yg kecil je. 

A good diet should have 3 main meal plus 2 snack in between. So that our body dont go into starvation phase yg boleh menurukan kadar metabolisme badan. 

 Kt harap kt dpt tgk hasilnye dalam sebulan. Insya Allah....


Nk kurus mcm ni balik. 


Monday, October 8, 2012

Klinik 1 Malaysia UTC Pudu


Bismillah....

I promise to try to update blog more frequently tp as usual nk menulis mood mesti kena tip top atau mood berada pada level paling bawah (sesuai tok tulis post yg emotional). But currently mood kt berada pada level pertengahan sahaja. xtip top or x terlalu bawah. Makanye xde cerita tok dikongsi. Di tambah lg dgn laptop yg sudah koma tanpa diketahui sebabnye.

Walaupun mood berada pada level pertengahan sahaja tp kt masih wajib tok update blog sbb dh lama menyepi plus skrg xde patient n xtau nk wat ape. Harharhar.....pekerja xberkhemah betul kt ni. Padahal berderet lg CME yg kt kena buat sbb CPD point masih belum cukup 50. grrrr...tp petang ni pun boleh buat kan?

Hari ni merupakan hari pertama kt kena bertugas di KK 1 Malaysia UTC Pudu. Macam biasa kerja dekat KK under KL ni kt bukan sahaja akan bekerja di Klinik tmpt kt bertugas tp juga kat tmpt2 lain. Kerja kat tempat2 lain adalah mengikut rotation dgn staff dr Klinik lain. So far kt kena bertugas di KK 1 Malaysia UTC, extended hours KK Kg Pandan, Methadone Cure n Care Sg Besi, Methadone KK Jinjang dan Methadone KK Jinjang. Jd sila jgn tanya kenapa kt xboleh nk buat long term planning tok g holiday. Sebabnye nanti dh dok planning, beli tiket bagai tetiba nama naik tok oncall. Nk cari org ganti or tukar jadual adalah susah ye sbbnye semua org pun bnyk jadual tugasan lain.

So apa cerita hari pertama kt?
Dimulakan dgn cara kt nk dtg kerja. As u all know rumah kt adalah di Jenjarom, dan kt merupakan pengguna tegar KESAS highway. Untuk sampai ke sini, kt perlu meredah KESAS sehingga ke stesen LRT Bukit Jalil. So td keluar rumah kol 7am. Hujan, makanya KESAS jem. Bayar tol RM6.60. Smpi LRT pukul 805am. Naik LRT 815am. Perlu meredah lautan manusia yg ramai dalam LRT tu. So as expected kena berdiri. As breastfeeding mother perlulah kt angkut beg pump kt tukan. Penuh beg tu dgn ice pack, cooler bag, set pump n botol susu. Ditambah dgn botol air suam, botol air nescafe, satu kotak air dutchlady n wet tissues tok lap pump nanti. Bukan beg tu je kt kena bawak, handbag tok bawak2 brg peribadi pun kena angkut. Nasib baik bendera merah, kalau x beg telekung pun kena bawak. Adei....dgn body frame kt yg kecik ni nk kena angkut mcm2 benda n kena bersesak lak tu dlm LRT (i cant imagine). Nasib baik tok pertama kali ni En Husband yg setia dok temankan kt sampai sini. Kebetulan lak dia ada kerja kat area KLCC. So die pun join sekali naik LRT. After this kena angkut barang sorang2 lah :(. Then i need to find new beg pack tok set pump kt. Senang nk angkut.  Naik LRT kt kena tempuh 9 stesen tok sampai ke stesen Plaza Rakyat. Tambang sehala adalah RM1.90. Kt guna kad Tounch N Go sbb xsanggup lah kan nk beratur panjang. Sampai Plaza Rakyat kena jalan kat satu lorong yg xsempurna binaan nye tok g ke stesen Pudu. N here i am, sampai pada pukul 842am instead of 830am. Secara total kos pergi dan balik adalah
 
tol RM13.20 + LRT RM3.8 = RM RM17 tidak termasuk minyak
 
 

Hasil kajian kt berdasarkan rekod kat sini, dalam sehari secara purata patient dlm 20-30 org. Sehari tu bersamaan dgn 9jam ye. No lunch time, kena berada kat kaunter all the time. Mak aih sikitnye pt. Waktu skrg dh 1032am, baru ada 6 pts. Adei.... Nk g toilet pun kena cepat2. Toilet berada diluar fasiliti klinik n kena bayar RM0.30 setiap kali masuk. Hurm...nampaknye kena r water restriction sbb nk jimat. Hohohoho.....
 
En husband pun dah berlalu g ke lokasi kerja die, makanye tinggalkan kt keboringan di sini.
 
Erk.....macam mana nk pump kat open area ni???? Dush2. Tak pump nanti engorge lak. Kenalah tebalkan muka n cover2 guna nursing poncho. No matter what pumping still go on!!!!! Go go go ;)
 
Ok tu je r cerita kt tok hari pertama kerja kat sini. Till we meet again UTC.


Saya Yang Menurut Perintah
Masnita Abdul Karim
Pegawai Farmasi U41





Saturday, August 4, 2012

I Am A Sad Pharmacist

Assalammualaikum....

Sgt lama menghilang, last post pun maybe dh sebulan berlalu. Hidup dihimpit dgn pelbagai benda yg menuntut untuk disetelkan dgn cepat. Sehingga setiap ruang yg ada kt akan gunakan untuk menghela nafas dn meluruskan pinggang. Being a working mother not as simple as 1 2 3..... Ia perlukan banyak pengorbanan. 

Lately profession as a pharmacist digemparkan dgn artikel yg ditulis oleh seorg pharmacist sendiri dgn tajuk yg penuh kontroversi 'who destroy pharmacist profession'. Setelah membaca artikel tersebut kepala tidak dpt menolak untuk mengangguk mengiyakan semua yg ditulis. Kalau boleh kt nk jerit yes!!!! semua tu betul!. 

Baru menginjak 2 thn dan 11 bulan menjadi pharmacist kt sudah mula boring, mual, n loya. Xtahu kenapa, i dont enjoy it anymore. Maybe being a pharmacist at klinik kesihatan membuatkan kt menjadi cepat boring sbb setiap hari buat benda yg same berulang kali. Setiap hari adalah dejavu kepada hari sebelumnya. Setiap hari mengeluh.....xde sekelumit senyuman tanda kepuasan yg terukir dibibir. X tahu sampai bila mampu bertahan. 

Dalam setiap pekerjaan kt perlu mengikut undang2 yg telah ditetapkan. Kerja kt pula adalah untuk memastikan kesihatan pesakit bertambah baik hari demi hari. Tetapi dek kerana undang2 dan keprihatinan ktorg membuatkan ramai pesakit yg tidak berpuas hati sehingga kata2 kesat dan hinaan dari pesakit adalah hidangan tetap telinga setiap hari. I feel sad, down, n useless every time menjadi tempat pesakit melepaskan kemarahan. 

Pesakit mungkin x salah sebab mereka tidak faham kenapa dan mengapa kt bersikap sedemikian, tanpa diberi ruang untuk menerangkan mengapa dan kenapa muka kt terhidang dgn luasnye untuk dimarahi ;( . Sampai bila mereka akan faham???

Sesuatu yg perlu mereka tahu........

Ubat hanya boleh diberikan dgn adanya prescription
  • hampir setiap hari pesakit akan datang mintak ubat dengan hanya membawa buku rekod perubatan atau menghulurkan kad pengenalan. Mereka harus tahu prescription adalah seperti cek, untuk mengeluarkan duit mereka perlu membawa bersama cek tersebut. Ini bg memastikan ubat yg diberikan adalah betul kerana di dalam prescription terdapat pelbagai maklumat selain sesetengah ubat hanya boleh dikeluarkan jika ditandatangi oleh doktor sahaja. Semua yg diperlukan ini terdapat di dalam prescription. 

Untuk ubat kronik, bekalan adalah diberi secara berkala
  • part ni mmg sgt ramai yg tidak puas hati. Sampai ada pesakit yg memarahi ktorg dgn sgt keras. Masih igt lg dialog pesakit tersebut 'doctor wrote 6 months supply, who are you to decide n give me only 2 months supply n ask me to come back for take the balance'. Bila ditanya who are u, kt patut jawab i am pharmacist who really concern about ur health n i need to see u frequently so that i can follow u closely n keep reminding u about ur medicine. Kami xde space untuk simpan stok yg banyak, kalau kami kena bekalkan semua pesakit dgn bekalan penuh, kami perlukan stor yg sgt besar. Stor kami hanyalah sebesar bilik tidur rumah teres yg kecik. Dan pesakit kami setiap hari adalah seramai 350-450 org. Adakah anda tahu kami ketiadaan ruang sehingga setiap ruang yg ada kami susunkan ubat anda? Adakah anda tahu kami berhempas pulas membuat packing bagi memastikan anda dapat ubat dgn cepat. 

Kami tidak dapat membekalkan ubat jika anda datang lebih awal (>2mggu) 
  • kami bukan kejam sehingga sanggup untuk membiarkan korg balik dgn tangan kosong setiap kali anda dtg sgt awl. Adakah anda tahu reason kami bertindak sekejam itu adalah untuk memastikan anda tidak tersalah makan ubat. Jenama ubat di klinik bertukar hampir setiap bulan, dan kami tidak dapat untuk igt kembali jenama apakah yg anda semua guna sebelum ini. Jika kami membekalkan stok baru dikala anda masih ada banyak lg stok dirumah, probability untuk anda memakan ubat yg sama due kali ganda dos asal adalah sgt tinggi. Jika anda tidak dapat untuk hadir ke farmasi pada waktu yg ditetapkan, khidmat pos laju kan ada. Tp again anda akan berkira ttg caj RM5 yg dikenakan. Hurm.....

Anda membawa prescription yg sudah expired untuk mengambil ubat
  • again kami mmg xkan bg, n again kami akan dilabel sebagai manusia kejam. Rata2 akan marah n cakap saya baru ambik bekalan 2 bulan n doktor bekalkan saya ubat selama 4 bulan. Maka saya layak untuk mendapatkan ubat lg dua bulan tersebut kerana ubat itu hak saya. Again kt akan bagi contoh cek untuk menjawab soalan korang, boleh ke korang cashkan cek yg dah expired? X boleh kan? So as simple as that.

Masnita keep complaining about her work every day, i need to change my working environment i think? Or i need to change my job? Is there any job which can promise me same or better income? Is there any job which i can enjoy it? 

'can i say my patients destroy my motivation n make me feel i am useless person ever?' ;(.... Saya pernah merasa gembira dan puas menjadi pharmacist, saya pernah rase saya telah banyak menyelamatkan nyawa pesakit, saya pernah berbangga menjadi pharmacist.....can u all give me back those feelings?? 

Sunday, July 1, 2012

Shining Sunday



Combination of sweet potato + spinach + fish for lunch. LICIN!

Saturday, June 30, 2012

Baby food project

Hello everyone....

Mggu ni en husband outstation, makanye aktiviti bershopping setiap weekend adalah xde. Kenalah kt cari benda baru tuk kt buat. So pk punye pk smbl google kt pun plan nk wat baby food projek. Memandangkan IMZ dah hmpr masuk 10 bulan bbrp hari lg. So kt rase nk try bg bubur nasi blk. Dulu bg tym umur die 7bln, then die kena constipation yg agak teruk. Tym tu juz letak nasi, bayam n ikan bilis. Lgpun IMZ xnk mkn. Xsedap kot.

Lepas tu terus bg die makan nestum segera. Mcm2 perasa. So far rase rice + honey je yg die suke. Risau gak if bg nestum je nanti IMZ xdpt nutrien yg secukupnye. Tuk projek kali ni kt wat lain sikit, more organize i think. Cume kt mmg langgar pantang, kt add a bit of salt. "maaf ye dietetics sekalian' . Bukan xsyg anak tp kan bile belek2 kotak nestum terpampang 'sucrose n sodium chloride'. Jadinye tuk bb yg dh mkn benda2 sedap mcm tu please dont expect ur bb will eat unsalted food lg

Tuk hari ni kt buat puree carrot, sweet potato, fish n spinach. Esok mungkin akan buat ayam, arini xboleh buat sbb ayam belum beli lg. Jom tgk care2 buat puree.

Cara menyediakan frozen  puree

1. Potong dadu bahan2 yg kt nk wat puree (ex: kentang, lobak merah, daging ayam)
2. Rebus atau kukus bahan2 tersebut
3. Sejukkan dalam suhu bilik
4. Kisar sehingga menjadi puree, tmbh air atau susu ibu mengikut kepekatan yg kt nk
5. Masukkan dlm cube ice dan bekukan di dlm fridge

Potong dan Rebus

Puree keledek n carrot yg siap tuk dibekukan


Puree ikan n bayam

CUbe puree dh siap. Warna warni. Kena tmbh something kaler merah, pink


Untuk pengetahuan frozen puree blh thn sehingga 3 bln. Tp kt saje nk gedikz nk guna within 1 month je plg lame.

Selain puree kt prepare jugak beras yg akan digunakan utk buat bubur nasi. Bubur nasi ni nanti akan dicampurkan dgn cube puree yg kt dh prepare awl2 td. Memandangkan IMZ dh hmpr masuk 10bln, so kt plan nk mule bg makanan die ade texture yg kasar ckit. Xdelah die mkn mcm nestum cair lg. Lgpun IMZ dh ade 4 btg gigi!!

Cara menyediakan bubur nasi


1. Basuh beras sehingga bersih
2. Biar die kering sedikit
3. Sangai (goreng beras didlm kuali tanpa minyak) tuk mengeringkan lg beras tersebut
4. Kisar beras sehingga menjadi saiz gula.
5. Campurkan beras yg dah dikisar td dgn air dh masak selama 5-10minit.
6. Letakkan sedikit garam (ha yg ni jgn ikut)
7. Utk perasa letakkan ape2 combination frozen puree.

Beras tgh disangai kan



Siap dikisar n simpan dlm bekas kedap udara. Blh pki lame

Baby ni akan cpt boring if kt bg benda yg same je. So kenalah tukar2 combination. Antara combination yg kt boleh buat dgn puree yg kt dh buat:


  • bubur nasi + keledek + ikan/aya m
  • bubur nasi + keledek + carrot + ikan/ayam
  • bubur nasi + carrot + ikan/ayam
  • bubur nasi + bayam + ikan/ayam
  • bubur nasi + carrot + bayam + ikan/ayam
  • bubur nasi + bayam + keledek + ikan/ayam
  • bubur nasi + carrot + keledek + ikan/ayam

End product. (bubur nasi + keledek + carrot + ikan)
Erm banyak kan combination yg kt dpt buat dgn hanye 5 jenis puree. Insyallah bb xboring. Next tym maybe akan try wat mcm2 puree lg. Puree buah-buahan belum buat lg. Alhamdulillah first tym bg IMZ die sgt suke. Mkn pun xnangis2..... 

Till next post

Friday, June 29, 2012

100km/day

Sempena dgn hari balik awl dr biase, xde lah awl mane pun. Smpi2 rmh pun dh kol 4, makanye wajiblah update blog yg dh berhabuk ni. Kena lap2 dulu bagi bersih balik. Otak pun dh lembap nk mengarang. Nk asah otak ni ari2 mengarang xde mase lak....ok eta stop complaining about no tym, very bz bla bla bla...

Tajuk post adalah sgt pendek n xmenarik ok. Memaksa diri tok menulis, en husband dah bebel2 tanye bile nk update blog. Sbnrnye hari2 kt update blog tp update gune mulut dkt en husband. Hahahaha....... hari2 pun complaint mcm2 pasal kerja. Hurm...'bila hati dh xikhlas, sume pun xkena'. Hep hep hep.....eta ni suke mengarut ke tmpt lain. Jom cite pasal 100km/day.

Sebenarnye kt adalah pengguna tegar jalan raya. Setiap hari travel 100km tuk memberi khidmat kepada pesakit wlupun khidmat kt xdihargai. Sedih ok drive penat tok keje tp patient marah tiap2 hari ;(.... Adakah muke kt muke melepaskan kemarahan?????

Ok sblm kt mengarut lebih jauh lagi baiklah kt cpt2 cerita pasal tajuk ni je. Haha sbnrnye tajuk je mcm simple tp sebenarnye kt nk complaint mcm2. Meh kt mulekan ayat dgn wahai pemandu-pemandu sekalian, silalah renungkan ape yg kt nk ckp ni....

100km adalah jauh, makin jauh makin bnyk ragam kt jumpe. Until rase mcm stress. N terpk nk drive kete yg boleh terbang, xmo gune jln raya.



1. Pemandu yg suke langgar traffic light
- ok ni kt mmg xfhm, bersabar adalah penyelamat nyawa. If korg xsyg nyawa sendiri atleast pk lah ape yg korg wat tu akan efek org lain. Kesian kot kat org yg xde kaitan. Traffic light kat Malaysia ni bkn lah lame mane pun. Terime lah kenyataan yg korg akan lmbt punch card aritu dr korg dok terburu buru drive n efek org lain. 'salah korg gak, if nk smpi awl silalah keluar lbh awl'


2. Pemandu yg suke potong 'Q'
-benda ni mmg hari2 pun jadi kat traffic light nk turun KESAS. Org lain penat je Q korg senang2 je nk potong kan???? Klu boleh nk je bkk tingkap n jerit 'weh sabar boleh x, beratur r'.... xpun honk lame2 org tu.   
I benci ok.


3. Pemandu yg suke cucuk2 blkg kete org.
-helo driver xmacho r korg cucuk2 kete pompuan, klu hebat sgt potong je r. Ni nk pakse org drive laju2 lak.


4. Pemandu yg suke 'beam' org
-hah yg ni kt mmg menyirap. Dok beam2 org tp kat dpn tu traffic jam, celah manenye kt nk lajukan kete lg encik oi....


5. Pemandu yg suke 'honk' org

-seriously kt mmg anti org honk. Ok ni efek dr terlebih tgk cite melayu. bile org tu ade masalah jantung terperanjat ckit akan kena heart attack. Makanye kt mmg xsuke honk sbb tkt org yg kt honk tu ade masalah jantung. Plus bile ade org honk kt, kt mmg akan rase sentap n terus xde mood nk drive so xleh nk fokus. Emosinye cik eta oi....


6. Bkk lampu tym drive
-majority yg buat ni mmg kete2 yg harga 6 angka r. Kdg2 ade gak yg biase2 je. Yes kt tau kereta mereka mahal dan besar, makanye xperlu lah nk hidupkan lampu tgh panas terik. Xhidupkan lampu pun kt nmpk lg. Mate kt masih ok lg, xde mslh di siang hari yg terang benderang ni.



Erm tulah antara ragam driver yg kt jumpe almost everyday. Smpi keje dah xde mood nk keje sbb mood dh terganggu tym drive td. Kalaulah semua org penyabar, ikut peraturan kan best..... 'almost impossible'

Kepada sesiapa yg terasa tu kt dahului dgn kate 'mintak maaf bos, kt cume meluahkan ape yg terpendam je'. Peace no war ;)

Saturday, June 23, 2012

Shopping @ GM Klang

Halloooo......

Ssh betul nk curi mase tuk update blog. Bnyk je benda yg nk dibebelkan, tp mase sehari skrg rase mcm 2jam je. Nk meluruskan pinggang pun xde mase. Weekdays kt sgt penat bekerja smpi tertidur seawl pukul 9 selalunye, jd weekend adalah hari memenatkan diri dgn benda lain lak. So hari ni kt dptkan melunaskan niat yg sekian lame terpendam which is shopping!!!!!! Oleh kerana fokus utama kt kali ni nk update baju2 Ziqri makanye tmpt yg menjadi pilihan ialah GM Klang.


Inilah GM Klang. N IMZ sdg makan pisang palsu, nk kumpul energy tuk shopping katenye

GM Klang ni terletak dkt Bandar Botanik Klang. Die sebenarnye pusat jualan borong, jd bila kt plan nk beli bnyk so nilah tmpt yg plg sesuai. Klu setakat nk beli sehelai ni bukan tmpt yg sesuai sbb harga sehelai masih dikira mahal.

Selama 3jam lbh kat sni, kt dpt mcm2 dgn harga borong. Hasil plg membanggakan kt dpt 8 helai baju IMZ dgn harga RM95 je. Kain die mmg best, sgt lembut tuk baby. Kebanyakkan baju dkt cni brand dr luar negara, yg branded pun bnyk. Baju IMZ yg kt beli if beli sehelai RM25, tp klu beli lbh dr 6 akan dpt RM15 sehelai. Punyelah bnyk untung. Selain dr baju kt belikan IMZ topi n stokin. Mmg rambang mata tgk baju baby, klu ada ank pompuan mahu satu lori kt shopping baju sbb baju bb pompuan adalah super duper cantik ditmbh lg dgn kaler pink....drooling...... 0_0
My little model tgn menggayakan topi baru beli 2 topi=RM25, dkt alamanda 1=RM30

Huuuuu hasil membanggakan =RM95




Ehem2....takkan baby je dpt baju kot, mama baby pun dpt gak. Dan harga adalah sgt murah. Beli 3 pcs dpt 1/2 price. So kt yg dh jadi mama ni pun terikut gak trend pki long skirt  remaja skrg. Kt beli 2 long skirts n 1 baju dgn 1/2 price. Harga asal adalah RM58 dan RM48. Xke untung belipat kali ganda. Klu nk berbisnes silalah dptkan stok dr sini. Selain tu, kt beli gak sehelai tshirt, seluar tidur dan 2 psg baju kurung.

Pernah tgk hanger shawl mcm ni? Selalu jumpe org jual RM15 tp kat cni baru RM5.50 je. Harap2 lepas ni xde lah kt kelam kabut pagi2 sbb cari shawl yg kt letak merata...

Boleh hang 28 shawls. Masih tak cukup tuk hang sume shawl. Ptt beli 2


Pin2 comel ni die jual RM1.20 satu if beli 20. Oleh kerana kt beli bukan tuk meniaga makanye 2 adalah cukup. Bile beli sikit harga pun up lah. Seketul jadi RM2.50. Atas sbb ni tmpt ni xsesuai tuk beli ckit2 ye. So lain kali if nk beli pape kumpul kwn ramai2 tuk beli, so dpt harga murah. Contohnye spsg baju kurung RM100. Tp klu beli 6 pasang setiap pasang jd RM70. Dah untung bnyk kat ctu, oleh itu silalah join kongsi rmi2 tuk shopping kat cni.


rambang mata nk pilih....

Secara keseluruhan hari ini sgt puas, part xpuas hati bile duit dlm bank menyusut. Grrrrrr...... See u again GM. Insyalllah before puase.

Nota kaki: Tarikh shopping adalah 16/6/12. Tarikh menulis bolg 16/6/12. Tarikh edit dan publish 23/6/12. Bz wey.....

Sunday, June 10, 2012

Kenapa saya tidak dpt menurunkan berat badan ke berat asal selepas bersalin?

Fuuuuuuh tajuk sgt panjang...........

Kenapa saya tidak dapat menurunkan berat badan ke berat asal walaupun mengamalkan exclusive breasfeeding? Terlalu bnyk kekangan sehingga xdpt nk merealisasikan impian. Kekangan adalah dtg dari diri sendiri. Tidak ada kena mengena dgn influence dr luar. Berat sebelum mengandung 48kg, maximum kenaikkan adalah 70kg. Berat skrg 55kg. Berat impian 46kg. Kena turunkan berat lg 9kg!!!!!!

1. Saya sgt takut susu menjadi sikit kalau saya makan ckit. Lgpun saya mmg sgt suke makan
    Penyelesaian: Masih boleh makan dgn kuantiti yg kt suke dgn syarat makanan yg masuk adalah makanan 
    berkhasiat.
    Kekangan: Saya merupakan manusia karnivor. Sayur dan adik beradik sayur kt xsuke. Buah-buahan pun 
    kt malas nk makan. 

2. Chocolate adalah daily dosing.  Saya adalah pemakan chocolate tegar
    Penyelesaian: Kalau lah ade perkhidmatan menghentikan ketagihan terhadap chocolate same mcm servis 
    methadone insyallah kt boleh hilangkan ketagihan.
    Kekangan: Chocolate adalah sgt sedap dan masih belum ada servis menghentikan ketagihan terhadap 
    chocolate.

3. Saya xsuke bersenam
    Penyelesaian: Melakukan senaman yg menyeronokkan mcm poco poco, aerobic dance, zumba etc
    Kekangan: Konon-kononye SUPERMAK yg sgt bz menjaga bb dan bekerja sehingga xde ruang dan masa

4. Fast food adalah weekly dose
    Penyelesaian: G restaurant fast food tp mkn salad, minum skyjuice or jus buah buahan
    Kekangan: Sume salad adalah tidak sedap 

Setelah dikaji semua masalah di atas, kt menyimpulkan bahawa kt masih boleh menguruskan badan dgn adanye pembakar semangat dan motivasi terutamanye dr suami. Kt mengharapkan suami ckp 'eeeee gemuk r, lemak bersepah, dah xcantik mcm mule2 kahwin dulu' dr ayat biase suami saya 'xgemuk sgtlah, ala ok je yg penting sihat'. Yeyeyeye....suami saya sgt pandai menjaga ati saya (i love u mucccchhhh lah). 

Selain motivasi kt perlukan partner dlm menjayakan usaha kt. Partner yg saya dh usha adalah suami saya jugak sbb perut kt dgn die same2 berlawan membukit. Makanye encik suami jomlah kt same2 wat sit up sampai perut anda manjadi seperti Fahrin Ahmad dan perut saya menjadi seperti Neelofa. 

Lepas ni xmo tgk mesin penimbang menunjukkan pertambahan berat setiap kali kt timbang. Aim saya adalah 0.5kg sebulan. Xmo extreme sgt kang xmampu jadi SUPERMAK lak. 

Saturday, June 2, 2012

Alia Natasha Yusof

Siapa minah ni smpi layak menjadi title post kt ni???

Jeng jeng jeng.....
Nilah minah tu.

Sila abaikan minah colorful tu


Alia Natasha nama diberi. Lebih senang dgn panggilan Alia. Org nye rendang , chubby mcm kt gak. COMEL pun mcm kt gak. Huh perasan sungguh.  Seorg ank sulung drpd 5 adik beradik. Berasal dr Johor tetapi dibesarkan di Shah Alam. Orgnye simple tp garang....grrrrrr. Sebenarnye siape die ni? Ok2 minah ni bestie kt. Lebih sesuai klu kt anggap die as 'fren for life' kt. Jom kt cerita secara ringkas tentang persahabatan ktorg. 

BAB 1: PERKENALAN
Mule kenal masa hari pendaftaran ke Pusat Asasi Sains UM. If xsalah time tu bulan MEI 2004. Time beratur dipisahkan oleh Milin dan Mardia. Xsangka lak efek dr beratur secara berturutan menjadikan ktorg roommate. Dlm bilik kt dgn die due2 tidur katil part yg atas, so lebih rancak r ktorg ber'pillow talk'. Ditakdirkan ktorg xdpt   berada dlm HAYAT yg same. Die HAYAT 1 kt HAYAT 2. Sume ni jadi sbb kt xpandai English. Tettttt 'oh my english!' . Walaupun mcm tu ktorg still bnyk luangkan mase same2 after kelas. Same2 g makan smbl lepak2 kat Kafe 11. Igt lagi selalu gelak gelakkan suare abg KAFE 11 'nooombooor 21'..... sila bace dgn intonasi ala2 menyanyi dondang sayang. Malam lak selalu stay up setelkan tutorial yg susah giler tu. Smpi 3-4pg pun xdpt tidur lg. Ada satu hari tu ktorg same2 menari sakan. Haha time ni otak dh ngeng sgt wat tutorial. 'bunyi gitar, teng teng teng teng teng....' Mcm ni ktorg berkenalan.

Time ASASI


BAB 2 : MENARA GADING
After ASASI ktorg same2 dpt PNGK 4.0. Alhamdulillah....xsia sia stay up selalu. Cita2 kt nk jadi pharmacist, cita2 Alia nk jd bio technologist. So mmg dh tau after ASASI masing2 akan meneruskan hidup dgn haluan yg berlainan. Tp dh takdir ktorg mmg akan jd kwn smpi skrg, 'n takdir die jumpe pasangan hidup die' ktorg same2 masuk Department Of Pharmacy UM'. Selame 4 thn belajar kat cni kt dgn die jd roommate thn 1, thn 2 dan thn 4. Thn 3 xjd roommate sbb thn tu kt keluar dr kolej. So secare totalnye kt ber'roommate' dgn die 4thn. Lama tu.....Kat kelas lak sepanjang 4thn die mmg jd org yg duduk sebelah kt. Xpernah tukar walaupun after die jumpe seseorg.... huhu 'u know who'. 


1st year





We do crazy things


Minah ngeng


BAB 3: UP AND DOWN
Pernah dgr org ckp 'sedangkan lidah lg tergigit, inikan pulak kwn yg kt jumpe hari2' ? Danggggg......kt tau xde sape pun yg pernah dgr sbb kt yg buat perumpamaan ni. Well Alia garang, kt emotional, so cas die adalah xstabil. Sometimes ktorg berkecil hati gak. Huhu...typical women. Tp tp tp.....kt adalah org yg tidak memujuk. Cis kesian Alia. Ayik die je nk pujuk kt. Care pujuk simple jek, tulis kad bg ayat menarik, bg hadiah.... Beberapa ketika sejuk lah hati kt. Kt cepat jd panas tp cepat jd sejuk gak. Xdelah nk panas smpi berbulan bulan. Selalu bila ade berita gembira, berita sedih org yg kt selalu bgtau ALIA. Ade masalah pun bgtau ALIA. Perlukan tempat meluahkan perasaan pun cari ALIA. Nk menangis pun cari ALIA. So sume pun ALIA. Until now ok. Walaupun dh khwn anything akan bgtau ALIA. So ALIA bukanlah kwn tmpt kt share benda2 yg hepy je tp benda yg sedih gak. Thank fren!!!!


Both of us become SOMEONE 

BAB 4: KERJA
Yeah!!!! masing2 dh habis belajar. Now tibalah mase nk kerja. Tertanye tanye adakah ktorg still akan bersame mcm dulu? Jwpn nye tidak. Kt telah tercampak ke tempat kelahiran ALIA iaitu Johor, manakala ALIA ke tempat kelahiran kt. INI TIDAK ADIL! Setahun berpisah beratus kilometer, ktorg cume jumpe beberape kali je. Tp stil ade mase bersame. Ade mase bergosip, ade mase tidur bersame gak. Kt stay rumah sewa die before g meronggeng ke Bukit Tinggi. 


BAB 6 : BERIBU KILOMETER
Setahun berada pada jarak yg xberape jauh, kt dpt berita gembira yg kt akan back to my place. Kt dpt KL, tp berita sedih lah menyusul. ALIA dapah Sabah. Again jauh lg. Tp kali ni beribu kilometer. Walaupun mcm tu oersahabtan ttp diteruskan. Internet kan ade. 



BAB 6 : KAMI KAHWIN
Tibalah mase kt melangkah ke alam yg lebih matang, Januari 2011 kt khwn. Berkahwin dgn pilihan sendiri. Xkena paksa ok. Haha....time kt khwn ALIA jd pengapit. Berkat menjadi pengapit setahun kemudian ALIA lak khwn. Dgn pilihan hati die gak. Bile due2 dah khwn hidup adalah menjadi lebih hectic. ALIA menjadi SUPERWIFE kt menjadi SUPERMAK. Sbb kt dh ade anak.  ALIA adalah next...amin. Still igt kt plan nk khwn umur 25thn, ALIA nk khwn 27thn. Kt adalah menjadi kenyataan, ALIA adalah terawl dr plan. Haha.... jodoh smpi awl. Alhamdulillah.... 

Kt adalah gatal lebih ckit


Setahun kemudian.....



BAB 7 : HARI INI
Hari ini kami SUPERWIFE dan SUPERMAK masih lagi seperti dulu or 'lebih gemuk dr dulu' haha.... Masih lg menjadi sahabat. Hepy 8th years anniversary!!!. I hope it will last forever until both of us left this memorable earth. Aminnnn......

A few hours before i publish this post


Sunday, May 27, 2012

IMZ tak suke makan solid food

Pening pening pening....

Dah mcm2 try tp IMZ still xsuke gak. Tiap kali bg makan die akan buat muke mcm kat bawah ni.....



Bermule dgn puree epal, bubur nasi + sayur + kentang + ikan bilis, biskut Milna perasa orange,mixed fruits, banana, diikuti nestum cerelac perasa mixed vegetable, perasa ayam n terbaru honey. Sume pun buat muke yang same. Bg makan die mcm berperang lak. Siap jerit2, membebel etc..... IMZ dgn tgn, kaki sume pun bergerak pantas mintak dilepaskan. Kalau boleh ckp agaknye die akan jerit 'no means no!!!!'.  N mama lak akan selalu membebel 'Ziqri kena makan, u need calories since u sgt hyperactive....bla bla bla bla..... IMZ pun dh boring dgn mama membebel benda yg sama. 'mama pun xde idea nk ckp benda lain'

But semalam g makan kat Kenny Rogers, as usual kt akan amik Quarter Meal plus side macaroni n cheese, mashed potato n salad apa ntah.  Bila dh ade IMZ order sekali mushroom soup. Sementara nk tggu mushrooms soup smpi, IMZ dah bising2 tgk makanan atas meja. So dgn rela hati mama bg IMZ mashed potato since tu je yg die boleh mkn. For this time die sgt bersemangat makan smpi jerit2 nk cepat. Muke die semalam mcm kat bwh ni.....






So kenalah mama google cr resipi mashed potato Kenny Rogers tuk bg IMZ makan. Harap2 lepas ni die akan suke makan.


Sunday, May 13, 2012

Bukan mengeluh tp kt mmg betul2 penat....

Tajuk mmg teruk. Muda2 lg dh mengeluh penat. Anak pun baru sorang.

Jadual harian:
Kol 545 bgn. Mandi, solat, pump susu, bersiap, breakfast (extra work if Ziqri bgn then kena bg die susu n layan die)
Kol 645 gerak g keje. Tempuh 13 traffic light, tempuh 3 tol, tempuh traffic jem
Kol 750 sampai tempat keje
Kol 8 mule keje. Dispense, filling, labeling, recording, counselling (extra hari selasa wat DMTAC)
Kol 1015 rehat kejap smbl minum air vico n pump
Kol 1030 keje balik
Kol 1 rehat, makan, pump, nap ~ 10min, solat
Kol 2 keje
Kol 5 gerak balik, tempuh benda yg same mcm g keje
Kol 6 smpi rumah, Ziqri dh tggu nk susu, bg susu, pump, mandi, solat, iron baju keje suami n sendiri, trasnfer susu, label botol n susu dlm fridge
Kol 720 dinner, solat,rehat
Kol 8 main dgn Ziqri
Kol 830 Ziqri dh mula mengamuk nk tidur. Selalu tidurkan Ziqri kt akan tertidur sekali. Akibatnye suami terabai, xde mase borak2, xbace ape2 update pasal medical, cpg, solat isyak pun xkusyuk sbb terbgn dr tido ntah kol berape g solat dlm keadaan mamai
Kol 230,530 or sometimes lebih bnyk kali Ziqri akan bgn tuk menyusu. Ulang benda yg same.

*tq dkt mak sbb tlg basuhkan baju, lipatkan baju, masakkan makanan n tolong bg Ziqri makan time kt bertungkus lumus nk siapkan sume benda sebelum Ziqri mule mengamuk n tidur.

Selalu dpt duduk selepas balik keje pun xlama. Balik keje terkejar kejar wat sume benda. Kalau penat sgt kdg2 suami iron baju sendiri sbb kt dh tertidur kepenatan. :(..... tiap kali suami iron baju sendiri rase mcm loser sgt. Main reason penat adalah pergerakkan non stop semase bekerja, dan penat drive di tmpt yg jem.


Nk keje ofis boleh?

Saturday, May 5, 2012

Revolusi IMZ

Holla again. Hari ni IMZ genap 8 bulan. Alhamdulillah bertambah aktif dan suke senyum skrg. Sempena IMZ dh 8 bulan ni apakate kt tgk IMZ face revolution. 

Tadaa.....welcome to the world Ziqri. Muke fresh dr uterus
Time ni dah sebulan. Post photherapy selame 6mlm, gelap!

Tym ni dh 43 hari. Still kuning lg


Still kuning lg walaupun  dah chubby

Setelah bebas dari kuning. Putih balik

Boy or girl?

7 bulan. Sebelum dibotak kan. Lepas ni org dh xconfuse boy or girl


Dan inilah die budak berusia lapan bulan. Semakin lasak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...