Thursday, November 3, 2011

Kenapa saya @ kita perlu memilih susu ibu?

?

Question mark adalah sambungan dari soalan di ats. Hurm juz a simple answer for that. SUSU IBU ADALAH CIPTAAN ALLAH, TIADA CIPTAAN SEBAIK CIPTAAN NYA. DAN TIADA SIAPA BOLEH MEMPERTIKAIKAN KEBAIKKAN DAN KEHEBATAN CIPTAAN NYA. Ye dak? Sila angkat tgn klu xsetuju.

Ok lets kt huraikan lebih panjang. 
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi,Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu" So dari ayat tu for sure r kt xleh nk sangkal lgkan. Kt kan percaya dan berpegang pada Al-Quran. 

Bnyk kajian yg dah dibuat untuk membezakan susu ibu dgn susu formula. Dan ternyata tiada susu formula yg dpt menandingi susu ibu. Walaupun kt beli susu formula tu beriban riban harganye (opsss mcm over lak). Seorg ibu yg malnutrion atau kebuluran pun masih mampu menghasilkan susu yg lebih baik dari susu formula. Maha besar kekuasaan ALLAH. 


Meh kt tolong listkan kebaikkan susu ibu:
  1.  Bayi cume memerlukan 3 benda semasa alam kecil mereka iaitu HABA, disebabkan badan mereka masih belum dpt mengawal suhu dgn baik, PELINDUNGAN bayi yg bru lahir sebenarnye berasa takut di tmpt baru mereka yg terakhir skali MAKANAN. Susu ibu dpt memberikan kesemua ini. Xcaya? Jom tgk pic kat bwh ni.

              Jadi terbuktilah susu ibu dpt memberikan kesemua keperluan bayi. Posisi di atas dpt memberi haba, pelindungan 
              dan makanan kepada bayi.

2      Insya-Allah,susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema

3      Susu ibu tersedia bila2 masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi 

4.     Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel2 otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu 

5     Mencegah dari penyakit rabun malam 

6.    Mencegah bayi dari mendapat alahan 

7     Menggelakkan taun 

8    .Menggelakkan jangkitan telinga 

9     Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan 

Erm tu jelah info yg kt boleh sharekan. Kt pun adalah seorg ibu yg sdg berusaha utk menyusukan IMZ sepenuhnye. Pengalaman kt dlm penyusuan susu ibu ni masih lg cetek dan memerlukan bimbingan dari Momies2 kat luar tu. Erm bg kt sokongan dari suami dan keluarga adalah amat penting dlm menjayakan misi ini. Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan susu yg cukup utk IMZ. Sebenarnyekan Momies2 sekalian, xde istilah susu badan xkeluar or xcukup. Sbb Allah menciptakan susu sesuai dgn keperluan ank kt masing2. Kt kena yakin dgn itu. Mcm kt 3 hari pertama mmg xde susu. Apa yg kt buat kt juz pump pump dan pump smpi lah keluar susu. Sbb susu akan keluar bila ade stimulation. IMZ xpandai hisap lg time tu, so kena lah usaha dgn care lain. Alhamdulillah hasilnye susu melimpah dr hari ketiga. Moga kt dpt menyusukan IMZ sehinggalah umur die 2 thn, Amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...